Cara Pilih Pemimpin Dalam Islam

5 Mei 2018
Sabtu

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum guys!  
Don't forget to say Alhamdulillah, keep positive & happy you are :)

Wahhh dah masuk Mei sekarang. Dulu cakap nak menulis setiap hari Sabtu dalam post ni. Yaaa hari ni hari Sabtu jugak tapi almost 4 bulan baru up post baru. Sorryyy tau guysssssss. Anyway, sekarang musim pilihan raya. So untuk post kali ni aku just nak kongsi satu video tentang betapa pentingnya pilih pemimpin. Harap bermanfaat yaaaaa!




Nota hati : Post lepas ini inshaAllah ada topik yang sangat menarik untuk dibincangkan. Stay tuned!

First Week In 2018

6 Januari 2018
Sabtu

Assalamualaikum & happy 2018 guys!  
Don't forget to say Alhamdulillah, keep positive & happy you are :)

Hari ni hari ke-6 untuk tahun baru and antara resolusi : update blog setiap hari #butasusualhaha kita hanya merancang. Then, I decided to blog just one post in a week, in every Saturday inshaAllah. Aku nak teruskan menulis even I knew takde orang baca #tautakmenarikhaha tapi sebab kita tulis untuk diri sendiri so enjoy!

Even aku dah start cuti pada end of the year 2017, hari pertama 2018 pun dah start sibuk dengan persiapan untuk persekolahan esok hari. Bulan ni aku start jadi cikgu #ustazahcomelhaha since sekolah yang parent aku buka tu tak cukup guru.

Banyak benda happen yang aku tak dapat nak share kat sini because of that sekolah terpaksa pindah saat akhir. Kalau ikutkan nak tutup dah sekolah tu sebab takde tempat untuk anak-anak comel ni & of course kita memikirkan parent yang sanggup berhabis duit untuk anak-anak mereka untuk ke sekolah agama. Alhamdulillah sekarang dah ramai parent yang buka mata tentang kepentingan sekolah agama & tahfiz. So, kalau sekolah tutup terpaksa cari tempat lain and mostly kat kawasan tu sekolah agama lain sangat padat.

Tiga hari sebelum buka sekolah dah pening kat mana nak buka sekolah, kalau boleh kawasan berdekatan dengan tempat lama so mudah parent pelajar nak hantar & ambil. Cari punya cari jumpa dekat dengan sekolah kebangsaan. Tapi kawasan perumahan la. Then call owner, owner kata dia nak jual rumah tuuu T.T Ya Allah ujiannnn.. Pujuk punya pujuk tak dapat jugak.. Owner takut susah nak jual kalau ada orang sewa. Then, cakap kat owner kalau ubah fikiran bagitau la.. Bulan ni ke bulan depan ke.. Ikutlah. Masa ni dah nak siap-siap nak round cari tempat lain, owner tu call and end up she agreed untuk sewa rumah dia. Praise to Allah!

Kawasan situ boleh dikatakan tinggi jugak sewanya. Tapi berkat sokongan guru-guru lain & parent, jumlah pelajar capai 60 orang #cukuplahbayargajiguru #sayagurupercumahehe . Untuk bayar sewa, kita akan buat program lain-pra tahfiz hujung minggu & kelas mengaji dewasa. #pleasesupportus !

First day Ok benda yang aku tak boleh lupa; Ada budak menangis sebab dia tak dapat jawab kuiz #whyyouaresocute. As guru yang berdedikasi #ecehhahaha, aku pujuk dia, "Takpe sayang. It is okay salah jawab. Damia kan tengah belajar," Rasa comel sangat bila budak tu nangis sebab salah jawab.. Haha aduhai sayang.. And finally alhamdulillah dia berhenti menangis. Then aku ajak diorang melukis & main teka-teki.

Second day Masa main teka-teki semalam, aku janji dengan diorang siapa yang dapat jawab soalan aku dapat hadiah. Sampai je aku kat sekolah, aku masih ingat si comel Hazizi "Ustazahhhhh.. Mana hadiah ustazah. Saya tak sabar lah,". Sebelum start kelas sampai masuk dalam kelas asyik tanya maaaana hadiah dia #sabarlahsayanghahaha. Dah masuk kelas, "Ustazah hadiah ustazah," XDDD  Haha tak menyabar betul budak ni..

So itulah serba sedikit cerita kehidupan minggu pertama aku yang menarik bagi aku hahaha. Haaa macam mana dengan minggu pertama korang? Best ke best?!! Hehehe

Nota kaki : And for the next post maybe nak tulis pasal resolution tahun ni, okay tak? Hmm..

Cara Mengambil URL Gambar

26 April 2016
Selasa

Assalamualaikum 



Semalam asiah tukar background blog ni. Bangun esok pagi aik tiba-tiba jadi macam atas tu. Kata Photobucket link gambar tak betul. huwaa nak menangis perasaan aku ni :'( Semalam okay jeeeee

Lepas tu asiah godek-godek balik (tak reti sangat ikut kepala je) Tukar balik link sebelum ni letak background bintik-bintik tu baru elok (okay ke?). Alhamdulillah selesai masalah asiah.


So dengan itu, asiah nak kongsikan beberapa cara yang korang boleh try untuk copy url supaya korang tak bermasalah seperti saya *buat muka comel sambil tangan buat peace*


Photobucket. Cara ni yang biasa asiah buat untuk copy url sambil tu boleh la simpan gambar, lepas ni nak cari gambar sama masuk je photobucket.

First - Korang search gambar yang korang nak dekat Photobucket.com Contoh :

(Klik gambar untuk lebih jelas)




Copy link pada yang asiah kotak tu ya! ;)


Upload dalam blog. Sejak asiah ada masalah kat atas tu, asiah guna cara ini.

(Klik gambar untuk lebih jelas)






Haaaa senang je kan?
Boleh lah korang terus cuba lepas ni ya :) Selamat mencuba!

Nota hati : Kalau tak faham, or ada pertanyaan, boleh terus email ke asiah_1996@yahoo.com. 

Terima kasih ubi kayu, sebab sudi baca entriku 

Sahabat Sampai Syurga ^.^


Diriwayatkan, bahawa : 

Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.


Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:


"Yaa Rabb.. 

Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia soalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."




Maka Allah berfirman
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah” 
 (HR : Ibnul Mubarak dalam kitab “Az-Zuhd”).


Al-Hasan Al-Basri berkata
Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa’at pada hari Kiamat nanti”.


Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis: 
Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:


"Wahai Rabb Kami.. 
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU. Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu


Nota kaki : Ya Allah, aku rindu DIA. Kawan Baik Sampai Syurga ye sayang :*

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin !!

11 Ogos 2013
Ahad

Assalamualaikum, apa khabar semua? Dah dua bulan aku tak typing. Agal-agak ada orang rindu aku tak? Hahaha ^_^




First of all :

Aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog aku termasuklah pengunjung-pengunjung sekalian. Aku berblogging sejak umur aku tingkatan satu (waktu tak berapa serius lagi, hehe), kira-kira dah hampir 5 tahun kan? Di sini, aku memohon seribu kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala kesilapan, kesalahan, kekasaran berbicara yang mungkin telah mengguris hati dan perasaan sesetengah pihak termasuklah pembaca setia blog aku *okay, perasan kot hihihihi*

K, sebab dah lama tak typing so aku tak tahu nak cakap apaaaaaaaaa... Korang ada idea? Ada idea mai la kita berkongsi :) Sharing is caring, right?? 

Cerita pasal hari raya, memang sangat-saaaaaaaaangat meriah. Dua-dua kampung. Tapi act sebelum raya, aku memang taknak beraya? Why? Entah la. Dulu masa kecik-kecik, dengar esok nak raya, haaaaaaaappy sangat. Dan tak sabar kot nak kumpul duit raya. But, bila dah mengnjak umur 17 ni (Opppss dah tua xP) rasa macam sedih sebab ramadhan will leave me.....

Sedar tak sedar, hari ni dah hari raya ke-4. Siapa yang dah start puasa enam? Kalau dah, alhamdulillah. Kalau belum, jangan sampai terlepas peluang keemasan ni tau! Banyak pahala dan ganjarannya :)



Sedekah, tekan - tekan - tekan - tekan  ;)))))

Nota kaki : Aku tertanya-tanya, adakah aku seperti aku di bulan puasa? Adakah aku masih mengingati-Nya atau aku hanya sibuk mencari keseronokan dunia?


Pesta Buku Antarabangsa 2013

3 Mei 2013
Hari Khamis

Yeayyyyyyyy!! Minggu ni aku dapat balik rumah kat KL ni... Alhamdulillah sudah selamat sampai :DD Aku sampai hari Selasa lepas lagi.. Hari ni baru dapat ngapdet blog. Hehe.

Apa yang aku nak citer sebenarnya? Apa kena mengena pesta buku antarabangsa 2013 dengan kesah aku balik rumah minggu ni? 

Sampai je aku kat KL ni *stesen bas putra* aku rase lega sangat sangat. Penat wooo duduk dalam bas lama-lama. Tu yang aku malas nak balik.. 7 jam... Cuba bayangkan? Mereka yang selalu jalan jauh je tahu rasanya.. Hehehe.

Mase parent aku jemput, dorang tanya, 'nak pergi pesta buku tak?'.. aku pe lagi, hoorayy la!! Huhuhu. Walaupun kepenatan tapi tak kesah la sebab pesta bukunya kat depan stesen bas je :D 

 Tapi kan korang, pesta buku antarabangsa 2013 tak semeriah tahun-tahun sebelumnya. Mungkin disebabkan tarikh pilihanraya yang semakin dekat kot? 

Masa aku jalan2 cari buku yang nak dibeli, tetiba aku dengar sesuatu.... I think it's like someone...... berkempen! Dekat pesta buku pun sempat lagi nak berkempen? Aku dengar dia sebut kerajaan la, pendalaman la.... and whatever! Aku malas nak ambil tahu.

 Jalan punya jalan, akhirnya! Aku jumpa buku yang selama ni aku nak baca.... Korang nak tahu buku apa?

-
-
-
-
-
-
-

 


Dapat Basikal dari SHELL!

21 April 2013
Ahad

Assalamualaikum ^_^

Waaaahhhhhhhhhhhhhhhh !! Aku dapat basikal baru . Fuyyo bukan senang nak dapat yang orang lain bagi . Terutama dari someone yang bukan parent kita , tak gitu ? Hee ...


Actually tadi aku baru lepas selongkar gambar-gambar lama , terjumpa lah gambar di bawah ini :-


Gambar ni yang mengingatkan satu moment penting dalam hidup aku , macam kenangan indah gitu .. Basikal itu dan juga orang yang berada di atas basikal itu ... ehh , tu bukan aku . Siapa ek ? Ha , tu kawan-kawan aku masa aku di menengah rendah dan aku sekarang dah menengah tinggi ! Time form 2 , budak-budak lagi . sekejap betul masa berlalu . Rasa semalam je baru berlaku kan :D

Mesti korang nak tahu macam mana aku dapat basikal ni dan sape yang bagi kan ? #koya XD

Tajuk entri ni pun dah bagitau 'Dapat Basikal dari SHELL' :) Masa aku tingkatan dua, aku join satu pertandingan wakil daerah klang . Pertandingan Lalu Lintas . Lebih kurang macam tu la namanya . Pertandingan tu banyak kategori ; Pedal Car , Basikal , Pejalan Kaki , Ujian Bertulis . Aku masuk kategori pejalan kaki je XD Lawakkan ? Pertandingan tu lebih kurang dua hari jugak . Hari pertama trial . Hari kedua betul-betul . Bahagian aku , kena jalan ke checkpoint yang telah ditetapkan mengikut panduan yang telah diberi . Sampai kat checkpoint , kena jawab soalan . Sebelum pertandingan tu , aku dah khatam buku panduan orang amek lesen kereta , sungguh bersemangat ! Maybe sebab tu aku boleh menang , hee ...

Aku sungguh sungguh sungguh tak sangka menang . Tak bermimpi langsung . Masa umum pemenang , aku dengar tempat saguhati je , bila takde nama aku , aku pun pejam mata . Seiz penat giler mase tu ! Bila pengerusi majlis kata , "Tempat pertama , W** N** Asiah bla bla bla.." Ha ? Aku ke ? Hahaha pengalaman betul . Alhamdulillah :)


P/s : Setiap manusia pasti ada pengalaman manis dan pahit . Jadikan pengalaman itu sebagai satu cabaran supaya kita menjadi manusia yang lebih cemerlang pada masa-masa akan datang :) KLIK INI jika anda baik hati :D 

SAMTSH : Sejarah Penubuhan


1936 
Penubuhan Sekolah Agama (untuk pelajar lelaki) di tapak Sekolah Kebangsaan Klang sekarang atas intensif Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Shah.

1941
Sekolah Agama tersebut dibuka terus semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

1946 
Penubuhan Madrasah Ahliah Uthmaniah untuk pelajar perempuan dirumah Allahyarham Hj. Othman.

1947
Dengan budibicara Raja Nong, DYMM (Almarhum) Sultan Hisamuddin Alam Shah mewakafkan istana baginda Kolej Islam Sultan Alam Shah, kepada pelajar Madrasah Ahliah Uthmaniah. Madrasah tersebut ditukar nama kepada Raudhah Hisamuddin Syariah dengan Ustazah Allahyarhamah Asmah Binti Othman sebagai Guru Besar pertamanya. Madrasah lelaki diberi nama kepada Maahad Jamaah Islami Addini. Mereka menggunakan bangunan yang sama tetapi pentadbiran yang berlainan.

1951 
Rombongan pelajar perempuan yang diketuai oleh Ketua Pejabat Agama Islam, Allahyarham Tuan Haji Fateh Akhir menemui DYMM Almarhum Sultan Selangor untuk menubuhkan Sekolah Menengah Arab yang berasingan.

1956 
Pelajar lelaki Murtail Ulumuddiniah dipindahkan ke Masjid Sultan Sulaiman kerana bangunannya dijadikan Kolej Islam Klang. Kemudian dipindahkan ke Madrasah Faiizin untuk pelajar "ibtidaii" (peringkat rendah) dan ke surau Sungai Bertih untuk pelajar lelaki 1V Thanawi. Madrasah Raudzah Hisamuddin Syariah dipindahkan ke Kampung Jawa dan bertukar nama kepada Maahad Jamaah Islami Addini.

1957 
Madrash Murtail Ulumuddiniah dipindahkan ke bangunan baru di Sungai Bertih dan bertukar nama kepada Maahad Hisamuddin.

1973 
Sekolah Agama Menengah Rendah Hisamuddin lelaki dan perempuan ditubuhkan di bangunan Maahad Jamaah Islamiah Kampung Jawa.

1974 
Sekolah Agama Menengah Rendah Hisamuddin dipindahkan ke Sungai Bertih (SAMRH). Maahad Hisamuddin (lelaki) di Sungai Bertih disatukan dengan Maahad Jamaah Islami Addini (perempuan) dan ditukar nama kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku
Ampuan Jamaah (SAMTTAJ).

1977 
SAMRH Sungai Bertih dan SAMTTAJ Kampung Jawa disatukan pentadbirannya dan dinamakan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di bangunan SAMTTAJ Kg Jawa.


1979 
Bangunan lama SAMRH (sungai bertih) yang lama digunakan semula untuk menampung kekurangan bilik darjah SAMTH Kampung Jawa.

1982
Bangunan baru SAMTH Kampung Jawa mula digunakan. Pentadbiran SAMRH Sungai Bertih dan SAMTH Kampung Jawa dipisahkan.

1984 
Pengasingan pelajar lelaki dan perempuan di peringkat menengah tinggi. Pelajar lelaki ke SAMTTAJ Shah Alam. Pelajar perempuan ke SAMTH Kampung Jawa.

1987
Kelas tingkatan 4 Sains ditubuhkan. Pelajar lelaki juga diambil dari Sekolah Menengah Agama Jais yang lain hingga tahun 1991.

Dis 1992 
SAMTH menjadi Sekolah Agama Menengah Tinggi perempuan sepenuhnya.

2000 
SAMTH menerima semula kemasukan pelajar lelaki tingkatan 1 dan 4.

28 Ogos 2001 
Perpindahan SAMTH dari bangunan lama ke bangunan sekarang.

2003 
SAMTH menerima semula kemasukan pelajar lelaki.

29 April 2010
Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH), Jalan Kota Raja telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj

 

Sahabat yang Baik

7 April 2013
24 Jamadilawal 1434 H
Hari Ahad


Bukannya senang mencari sahabat yang baik,
Bukan senang juga nak menjadi sahabat yang baik.


Sahabat yang baik tak pernah mengumpat di belakang sahabat baiknya,
Sahabat yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan sahabat baiknya, 
Sebaliknya sahabat yang baiklah paling banyak membantu sahabat baiknya untuk mencapai kejayaan.


Sahabat yang baik tak pernah mempengaruhi sahabat baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia, 

Sahabat yang baik adalah orang yang menasihati sahabat baiknya membuat kebajikan.


Sahabat yang baik adalah orang yang pertama yang akan dicari bila sedih dan gembira,
sahabat yang baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan,
sahabat yang baik tidak pernah memaksa sahabat baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.


Sahabat yang baik tahu apa yang terbaik untuk sahabat baiknya, 
Sahabat yang baik sentiasa mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya,
Sshabat yang baik sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk sahabat baiknya di dunia dan di akhirat.



Kita adalah sahabat yang baik jika kita faham bahawa sahabat kita bukanlah seorang yang sempurna,
Kita bukanlah sahabat yang baik jika kita tak menghargai sahabat baik kita kerana sahabat yang baik akan sentiasa menghargai sahabat baiknya..


Kita bukanlah sahabat yang baik jika kita tak memberitahu perkara yang baik kepada sahabat baik kita kerana sahabat yanh baik akan selalu menyampaikan perkara baik kepada sahabat baiknya..

Sahabat yang baik akan memanjang naskhah ini kepada sahabat-sahabat bukan kerana terpaksa,bukan kerana suka-suki tetapi untuk menjadikan pedoman untuk sahabat-sahabatnya supaya dapat menjadi sahabat yang baik kepada sahabat baiknya..

dan kalau kita nak sahabat yang baik, kita mesti lebih baik dahulu menjadi sahabat yang baik kepada sahabat baik kita...


dan semoga kita menjadi sahabat baik yang baik dan mendapat sahabat baik yang baik...
InsyaAllah <3






Take note : tolong TEKAN , semoga kita sama-sama dapat tingkatkan earning 

Persahabatan Adalah Bernilai Lebih Banyak daripada yang Anda Fikirkan!


Assalamualaikum ^_^




Persahabatan bukan sahaja membina keyakinan, mereka sekarang akan memenangi anda peluang untuk menjadi tunai TV & RM5000 juga! # KotexMemberku

Anda sudah tahu bahawa BFFs anda adalah orang yang terbaik di dunia, tetapi adakah anda tahu bahawa mereka boleh membantu anda berada di TV juga?

Berkongsi saat-saat terbaik anda dengan kawan-kawan anda dan menerangkan makna 'Persahabatan Membina Keyakinan' dengan peraduan Kotex Memberku ®, dan anda hanya boleh memenangi RM 5,000 dan penampilan TV dengan selebriti kegemaran Kotex!

Sertai Kotex ® Memberku contest sekarang! Merealisasikan impian anda dengan penuh keyakinan :D

P/s : Sila tekan banner untuk join. Terima kasih :D

Siapakah AKU ?

 Assalamualaikum w.b.t. Hyep!



Kepada para pembaca sekalian, anda pasti tertanya-tanya siapakah aku kan? Hahaha. Tolonglah. Kalau 
bab perasan, bagi kat aku je la.

Ada aku kesah? Hahaha. Btw, untuk tidak menghampakan kalian semua, aku ‘terpaksa’lah kenalkan diri aku ni yang tak seberapa.

Nama aku? Tak perlu kot aku rasa. Tapi mungkin ada ada segelintir yang kenal aku sape. Mungkin sebab mereka friend facebook aku. Atau mungkin mereka staaaaalker profile aku. Hewhewhew. Atau boleh jadi aku pernah menjejakkan kaki ke dalam laman sesawang mereka yang sungguh cantik, indah gitu.. Hehehe.
This is the first time of my step in blogger world. Ohhh really? Actually asal-asal aku mula berblogging just main-main, tak silap aku laa, mula sekolah rendah. Kemudian di saat aku mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah, ada la seorang hamba Allah ni sangat sangat mempengaruhi aku untuk serius dalam dunia blogger ni. Tapi lepas tu hampeh jugak. Dan sekarang, tahun ni, aku mulakan balik apa yang aku pernah mula suatu ketika dahulu.. Ceee.. power tak ayat aku? Hahaha.

Siapa blogger tu??

Cik Diana Toinktoink !!

Aku tak pasti sama ada korang kenal ke tidak. Tapi! Apa yang aku pasti, aku sangat mengenalinya.. 
Kihkihkih..

Aku ni tinggal dekat depan tadika je. Tak besar pun rumah aku. Boleh la memuat aku sekeluarga. Empat orang je. Aku yang sulung. Dan mempunyai seorang adik. Perempuan. Single. So siapa yang berminat nak tackle boleh la. Tapi kena permission dari kakaknya dulu tau! No permit you will arrest! Hahaha.

Semua tertanya-tanya tak aku ni umuq berapa? Takyah bagitau eh? Nanti aku tuntut hadiah, baru padan
 muka :P

Setelah selesai segala perkara di atas aku bagitau korang, tiba masanya untuk aku berundur diri!! :D



P/s : Dah puas melalak dalam bilik. Hujan terus. Tak sodap sangat kot. Hahaha. So ni je aku dapat tulis pada kali ni. Tak la best pun kan? So lain kali InsyaAllah aku cuba buat lebih baik daripada ini. Okay, see you next time.. Daa~ ;)