Goals Again.

Assalamualaikum.

Buat pertama kali dlm tahun 2016 ni aku membersihkn segala hantu yg dah bersarang kat blog aku utk sekian lama. Woahhh dah tahun 2016 laaa.

Tahu tak apa maknanya? 

Umur kita semua semakin meningkat, tarikh surat jemputan ajal pun dah nak dekat. Takutnyaaaaaaa 😭

Bila teringat mati, wajib teringat amal tak cukup lagi.

-----
Semalam, terhantuk kepala pd besi penyangkut mangga bilik depan, gara-gara nak mengusik junior sanah (bkn nama real). Itu la nak 'mendajal' org sangat, last-last haa kan Tuhan dah bg woning! 

Tuhan nak kau tambah amal ler tuu.
-----

So, azam baru 2016 ni aku harap sangat mampu digapai cam omputih ckp apa? "Shoot the moon and if you fall, you fall among the star" Haa gitu la kot salah mohon betulkan 😁

Matlamat 2016

Menjadi hamba Allah dan anak yg solehah
Menambah amal utk bekalan akhirat

Apply qiamullail dan puasa sunat
Khatam sblm April 2016
Setiap subjek 4.0
Mumtaz STAM

Ni lah priority aku, mohon doakan ya :) InshaAllah jika kita mudahkan urusan manusia, pasti Allah mudahkan urusan kita. Sama sama kita usaha jd yg lebih baik ya 😉