#KawanBaikSampaiSyurga #SahabatDuniaAkhirat Part I

16 Januari 2017
Isnin

Assalamualaikum 

Siapa dah baca entri yang ini? Hari ini aku nak story pasal #KawanBaikSampaiSyurga #SahabatDuniaAkhirat aku. Dan untuk kali ini, aku nak cerita pasal sorang ja dulu. Sebab since aku kenal dia ni la aku start guna hashtag #KawanBaikSampaiSyurga sampai sekarang.


Nor Anis Zulaikha Zakariah.


Inilah dia, orang yang paling sabar dengan segala karenah, perangai dan gaya aku. Perangai mengada, ting-tong haha. Dia seorang yang ceria dan sentiasa senyum. Dia ni jarang la kalau nak buat muka moody or marah.

Teringat masa mula-mula kitorang jumpa, masa tingkatan satu. Dia ni pelajar kelas Firdaus (kelas pertama) dan aku ni  kelas Ma'wa. Satu hari, aku pergi cari dia kat kelas atas beberapa urusan. "Eh ini ke dia Anis Zulaikha" kata hati aku. Masa itu, adalah beberapa khabar angin yang kurang sedap  pasal dia ni. Tapi bila aku jumpa sendiri, ya Allah baik sangat-sangat. Lembut orangnya! Betul lah, don't judge book by its cover.

Bila masuk tingkatan dua, aku rapat dengan Ain Natasya, class-mate Anis, merangkap dorm-mate aku. Kebetulan pula, aku pindah ke kelas Firdaus. Anis ada kawan baik, nama dia Atikah Adilah. Saya, Ain Natasya, Anis Zulaikha dan Atikah Adilah duduk sebaris dalam kelas. Belakang sekali pulak tu! HAHAHA biasa lah kalau dah duduk belakang sekali memang la kuat sembang kan. Ain Natasya selalu sembang dengan Atikah Adilah dan aku pula selalu sembang dengan Anis Zulaikha. Masa tu kitorang dah start rapat sikit-sikit.

Disebabkan kitorang susahsembang sebab masing-masing cross, Anis dan Ain bertukar tempat duduk. Sejak daripada tu laa, kitorang rapat. Kalau pagi-pagi masing-masing dah sampai sekolah atau ada masa kosong ja,  tak tahu apa masalah kitorang wajib pergi tandas. Kalau tak ada salah sorang tu maknanya tak datang sekolah la tu. Bukan buat apa pun. Betul-betul tudung, sambil sembang tak habis-habis. Kadang-kadang Atikah Adilah join sekali. Tapi bila dah naik tingkatan tiga, tak silap aku Atikah Adilah tak satu kelas dah dengan kitorang. Sedih. T.T

Banyak benda yang dikenang kalau nak cerita kat sini. Itu tak termasuk cerita aku teman dia-dia teman aku, cerita pagi-pagi takde kerja lepak depan pintu belakang kelas (sebab tempat kitorang dekat pintu), cerita aku bagi dia kertas suruh dia tulis, cerita sesi-sharing-rahsia-pinjam-meminjam bahu, cerita belakang dewan-sesi confession, cerita Anis jadi cikgu ajar aku macam-macam, cerita dalam dewan-menggila tak tentu pasal sekali ammar jadi mangsa HAHAHA dan macam-macam lagi la. Nak cerita semua kat sini, nanti korang muntah pulak sebab panjang sangat.

Paling aku tak boleh lupa last year aku kat sekolah tu, masa birthday aku. Dia ni sweet. Every year aku mesti teringat dia, tunggu wish dari dia. Sebab tak ada orang celebrate birthday aku macam mana dia pernah buat even sebenarnya simple ja. Tapi tak tahu apesal feeling rasa terharu sangat-sangat haha. Aku yang melebih sangat kot HAHAHA.

Kalau hari sekolah memang aku banyak habiskan masa dengan dia. Kadang-kadang selagi dia tak balik aku akan teman dia. Dia pelajar luar, aku pelajar asrama. Haih kadang-kadang rasa menyesal kenapa aku tak aktif blog dari dulu. Banyak kenangan aku dengan dia terlepas dari samtish sampai aku masuk iqt disebabkan ingatan aku yang agak kureng ni (Zikir aku ingatan kuat aku ingatan kuat). Tapi takpelah, aku akan cuba terobek sehabes mungkin kenangan-kenangan yang ada. Aku akan tulis di blog ini supaya satu hari nanti aku boleh re-call balik kat sini kalau penyakit lupa aku ni makin menjadi-jadi.




Ok lah, sambung lain kali pulak cerita. Kalau korang sudi nak baca cerita aku pasal Anis dan kawan-kawan baik aku yang lain, jangan lupa follow saya! ;)



Ok, sekian.
Terima kasih.

Lot of love,
Asiah Aisa.


No comments:

Post a Comment